AMSTERDAM, BELANDA –Terdapat mikroplastik atau kepingan kecil plastik halus berdiameter kurang daripada 0.0007 milimeter telah dijumpai dalam darah manusia, dedah satu kajian.
Saintis-saintis Belanda yang terlibat kajian tersebut berkata penemuan yang mengejutkan itu merupakan kejadian kali pertama, lapor Daily Mail.
Dalam kajian tersebut, sampel darah daripada 22 penderma dewasa yang sihat secara rawak telah diambil dan dianalisis. dan menganalisisnya.
Seramai 17 daripada 22 sukarelawan tersebut didapati mempunyai mikroplastik dalam darah mereka dan saintis-saintis berkenaan berkata penemuan itu adalah sangat membimbangkan.
Mikroplastik pernah ditemui di dalam otak, usus, plasenta bayi yang belum lahir dan najis orang dewasa dan bayi tetapi ini kali pertama ia dijumpai dalam darah manusia.
“Kajian kami adalah petunjuk pertama bahawa kita mempunyai zarah polimer di dalam darah kita,” kata penulis kajian tersebut, Profesor Dick Vethaak dari Universiti Vrije di Amsterdam…
Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Environment International, menguji sampel darah untuk pencemaran lima jenis plastik iaitu polimetil metakrilat (PMMA), polipropilena (PP), polistirena (PS), polietilena (PE) dan polietilena tereftalat (PET).
Penyelidi-penyeldik mendapati bahawa 50 peratus daripada sampel darah yang diambil mengandungi polyethylene terephthalate (PET) iaitu antara plastik yang paling lazim digunakan.
PET ialah plastik jernih, kuat dan ringan yang digunakan secara meluas untuk membungkus makanan dan minuman, terutamanya minuman ringan, jus dan air bersaiz biasa.
Sementara itu, hanya 36 peratus sampel mengandungi polistirena, plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan penyimpanan, manakala hampir 23 peratus mengandungi polietilena iaitu bahan beg pembawa plastik.
Hanya satu sampel mewakili lima peratus mempunyai polimetil metakrilat dan tiada sampel darah mempunyai polipropilena.
Apa yang membimbangkan, penyelidik-penyelidik turut menemui sehingga tiga jenis plastik dalam satu sampel darah…
Kesan kesihatan akibat menelan mikroplastik buat masa ini masih tidak jelas, walaupun kajian tahun lepas mendakwa ia boleh menyebabkan kematian sel dan tindak balas alahan pada manusia.





