Kanak-Kanak 2 Tahun Antara Yang Maut Dilanggar Lori

Kanak-Kanak 2 Tahun Antara Yang Maut Dilanggar Lori

0
SHARE

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun dan seorang wanita, 40, maut tersepit dalam kenderaan Perodua Kancil selepas terlibat dalam pertembungan tiga kenderaan di Jalan Tagasan Tawau – Semporna sini kelmarin.

Kejadian 4.30 petang itu turut melibatkan sebuah Lori 20 tan dan sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Tiga lagi mangsa dalam Kancil tersebut adalah dua orang lelaki berumur sekitar 20an dan 40an dan seorang lagi wanita, dalam 20an, yang mana kesemua mereka mengalami cedera parah.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kelima-lima mangsa yang tersepit berjaya di keluarkan pasukan Bomba.

“Dua orang mangsa meninggal dunia dan disahkan oleh pengawai perubatan di lokasi kejadian…

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tiga lagi mangsa dihantar ke hospital Semporna menggunakan Jentera EMRS dan Ambulan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 5.14 petang.