Penunggang Motosikal Maut Digilis, Empat Dalam Bezza Cedera Langgar Belakang Lori

Penunggang Motosikal Maut Digilis, Empat Dalam Bezza Cedera Langgar Belakang Lori

0
SHARE
Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan Toyota Hilux. - Foto Ihsan Bomba...

KUDAT, SABAH – Seorang penunggang motosikal maut digilis kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Sikuati, di sini, kira-kira pukul 7 malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah mengenal pasti mangsa sebagai Mazlee Sidah, 38.

“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba lalu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya…

Tambah laporan itu, operasi tamat pada jam 8.34 malam.

Manakala di Ranau, empat lelaki masih bernyawa namun cedera setelah Perodua Bezza yang dinaiki mereka melanggar tayar belakang sebuah lori treler lalu terbabas pada bahu Jalan Telupid – Ranau sini.

PGO berkata empat mangsa terbabit, berumur 32 hingga 41 tahun, telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dalam insiden kira-kira 1.30 petang.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya di hantar ke klinik kesihatan Telupid oleh pihak Ambulans,” katanya sambil menambah operasi tamat dua jam kemudian.