KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pagi kelmarin menerima kunjungan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Naik Pengerusi SUHAKAM Jerald Josep di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya, Sembulan, sini.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya mengenai isu-isu hak asasi manusia di negeri ini…


Selain itu, turut dibincangkan mengenai potensi serta kerja sama suruhanjaya tersebut bersama Bung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pengurusan Warga Asing di Sabah.
Turut serta dalam lawatan tersebut Ketua Pejabat SUHAKAM Sabah Jasmin Slamat , Penolong Setiausaha SUHAKAM Heflin Dino dan Pembantu Takdir SUHAKAM Sabah Nur Shahmimie Yusop, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Ir Abdul Aziz Julkamain dan Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr Fadilah Sabri.





