Mayat Penunggang Motosikal Dalam Keadaan Mula Mereput 

Mayat Penunggang Motosikal Dalam Keadaan Mula Mereput 

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Mayat seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal akhirnya ditemui dalam sebuah parit dekat Sook sini petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim, mayat mangsa berumur 22 tahun itu dalam keadaan mulai kembung dan berulat.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Tulid menuju ke Kampung Kuit…

“Bagaimanapun beliau dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui satu selekoh tajam sebelum terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam parit berhampiran,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya mangsa menunggang motosikal seorang diri dan dipercayai meninggal dunia sejurus selepas kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri berdasarkan kedudukan motosikal dan mayat mangsa…

“Walaubagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.