RANAU, SABAH – Seorang lelaki yang cuba menawan Gunung Kinabalu mendapat bantuan pasukan Bomba apabila mengalami sesak nafas semalam.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menerima panggilan kecemasan dari malim gunung pada jam 2.15 petang.
Difahamkan mangsa berusia 52 tahun itu mengalami ‘acute mountain sickness’ di KM 5.3 laluan pendakian.
“Pasukan MOSAR bersama Renger Taman-Taman Sabah bergegas ke lokasi dan memberi rawatan awal kepada mangsa…
“Seterusnya beliau dibawa turun ke Timpohon Gate mengunakan pengusung,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan bantuan EMRS.
“Operasi ditamatkan pada jam 10.20 pagi,” tambahnya.





