LAHAD DATU, SABAH – Usaha menyelemat oleh pasukan Bomba tidak terhad kepada manusia, malah kepada seekor anjing yang terjatuh ke dalam sebuah pembentung di Tamaco Plantation Jalan Kimbell, sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, haiwan tersebut terperangkap di lubang sedalam 4.5 meter.
“Sebaik menerima laporan pada jam 7.29 pagi, sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi…
“Pasukan bomba bertindak menurunkan seorang anggota ke dalam lubang sebelum bertindak membantu mengeluarkan anjing itu,” katanya.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi sesudah anjing berkenaan berjaya diselamatkan.