KOTA KINABALU, SABAH – Sesi pembelajaran fizikal seramai 1,975 pelajar sekolah rendah dari 12 buah sekolah di daerah Tenom dan Beaufort yang dilanda banjir baru-baru ini masih tertangguh.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, kebanyakkan sekolah tidak dapat beroperasi kerana masih dalam keadaan berlumpur atau dinaiki air.
“Laluan utama ke beberapa sekolah di Beaufort, SK Jabang SK Pintas, SK Lago dan Bankalalak, tidak dapat dilalui kenderaan ringan…

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan pada sekolah yang terjejas…
“Pelajar dari tiga (3) sekolah di daerah Tenom, SK Gumisi, Sk Ladang Sapong dan SK Inubai, meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah dalam talian (PdPR),” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPD) melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, melaporkan 707 mangsa banjir terdiri daripada 323 keluarga sedang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) sekitar dua daerah terbabit.
“Bilangan jumlah mangsa yang terjejas semakin berkurangan berikutan beberapa kawasan telah kembali pulih,” katanya.
Terdapat tujuh buah PPS yang dibuka termasuk dua (2) di daerah Beaufort mankala keseluruhan 79 kampung terjejas akibat bencana alam dua hari yang lalu.





