Warisan Kelirukan Rakyat Isu 40 Peratus, Sebatik – Aksyah

Warisan Kelirukan Rakyat Isu 40 Peratus, Sebatik – Aksyah

0
SHARE
Aksyah

KOTA KINABALU: Aktivis pro-GRS, Aksyah Haji Nasrah, mendakwa Parti Warisan sengaja mengelirukan rakyat berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah dan tanah di Pulau Sebatik.

Menurutnya, Warisan menggunakan kenyataan pihak Indonesia mengenai kawasan di Sebatik untuk menjejaskan kredibiliti Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, selain membuat kenyataan “separuh masak” tanpa penelitian.

“Isu tuntutan 40 peratus dan Pulau Sebatik kini menjadi kayu ukur sama ada pemimpin benar-benar beriltizam atau sekadar mengelirukan rakyat,” katanya.

Aksyah turut mempersoalkan ketiadaan pemimpin Warisan dalam himpunan berkaitan tuntutan 40 peratus, berbeza dengan Hajiji yang disifatkan fokus melaksanakan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya.

Beliau menambah, pelbagai projek termasuk penyerahan 83 projek bekalan air luar bandar oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan kepercayaan terhadap kepimpinan negeri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati terhadap kenyataan pembangkang yang disifatkan tidak berasas dan mengelirukan.