SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 66 tahun cedera pada kedua belah kakinya selepas terlibat dalam pertembungan antara Perodua Viva dan Proton Saga FLX di Jalan Cecily, Batu 4, sini.
Beliau yang memang beralamat di Kampung Cecily tersepit dalam dalam kenderaan Viva yang dipandunya dalam kemalangan kira-kira 1.50 tengah hari tadi.
Manakala Saga terbabit, remuk pada bahagian kanan dan Viva, pada bahagian kiri, mengakibatkan ia melintang di jalan raya…
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan seterusnya mendapatkan rawatan awal oleh Pasukan EMRS di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan.
“Operasi ditamatkan pada jam 2:30 petang,” lapor sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.





