Lemas Mencari Ketam

Lemas Mencari Ketam

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Mayat seorang lelaki berjaya ditemui pihak Bomba dalam tempoh 3 jam dari panggilan dibuat di Sungai Bulian dekat Jalan Tunggulungan sini, tengah hari tadi.

Panggilan kecemasan diterima bilik kawalan Bomba Atas Air Semporna pada pukul 12.27 tengah hari.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa yang merupakan seorang bukan warganegara dipercayai hilang sewaktu mencari ketam pada malam sebelumnya

“Mangsa ditemui oleh pasukan Bomba pada jam 3 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.