KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah yang dijadualkan tamat pada 26 Oktober (Isnin) ini telah dilanjutkan 14 HARI lagi bermula 27 OKTOBER 2020 hingga 9 NOVEMBER 2020.
Keputusan tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi siaran langsung sidang media hari ini di Facebook Kementerian Pertahanan.
“Ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi yang dikesan daripada kalangan penduduk-penduduk di Sabah…
“Sehubungan dengan itu, di atas cadangan negeri Sabah serta cadangan MKN sabah, maka kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh negeri Sabah selama 14 hari lagi…,” katanya
Terdahulu, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.