COVID-19: KES TERTINGGI HARI INI SEBANYAK 1228 KES, SABAH PENYUMBANG UTAMA KES...

COVID-19: KES TERTINGGI HARI INI SEBANYAK 1228 KES, SABAH PENYUMBANG UTAMA KES MENINGKAT SEBANYAK 889 KES

0
SHARE
Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (24 Okt) sebanyak 889 KES daripada keseluruhan 1,228 KES harian hari ini...(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

KUALA LUMPUR – JUMLAH KES baharu positif COVID-19 TERTINGGI dicatatkan Malaysia setakat ini sebanyak 1,228 KES, demikian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

SABAH menjadi penyumbang utama kepada angka kes tertinggi hari ini dengan mencatatkan 889 KES daripada keseluruhan jumlah yang direkodkan hari ini.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Mesra (Sabah), Kluster Megah (Sabah), Kluster Kaya (Negeri Sembilan), Kluster Bah Kayu (Selangor), Kluster Baki (Sarawak) dan Kluster Kempas (Johor Bahru).

Walau bagaimanapun, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah tinggi sebanyak 671 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 16,555 kes (64.31%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 25,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 24 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 1,228 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat sebelas (11) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,217 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 92 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat TUJUH (7) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 6 kes dilaporkan daripada Sabah (Daerah Lahad Datu, Sandakan, Tuaran, Kota Kinabalu & Tawau) dan 1 kes di Kuala Lumpur, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 221 kes (0.86%).