ABU DHABI – Juara kejuaraan ‘Lightweight UFC’ yang tidak dapat ditewaskan Khabib Nurmagomedov secara langsung (LIVE) mengumumukan akan BERSARA daripada sukan MMA selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje awal pagi tadi.
Khabib berkata demikian dalam satu temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan itu.
“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya…
“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.
Pemain Rusia berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwah bapanya, Abdulmanap.
Bapanya meninggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompikasi kesihatan akibat COVID-19.
Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi awal pagi tadi, pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.
Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.
Ia disusuli dengan kuncian ‘triangle choke’ yang membuatkan Gaethje ‘tap out’ dan kemudian tidak sedarkan diri untuk seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.
Keputusan pada awal pagi tadi membuktikan juara bertahan lightweight UFC itu mempunyai rekod dengan 29 kemenangan tanpa kalah.