Isteri TYT Dijangka Hadiri Majlis Makan Malam Hari Wanita Antarabangsa

Isteri TYT Dijangka Hadiri Majlis Makan Malam Hari Wanita Antarabangsa

0
SHARE
Norlidah
Gambar kenangan bersama Biro Wanita bersama Toh Puan Norlidah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni dijangka menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024, Jumaat ini.

Ketua Wanita Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sherley Wong berkata, majlis makan malam itu bertujuan menzahirkan penghormatan kepada wanita yang banyak berjasa kepada keluarga dan masyarakat.

“Tanggungjawab wanita pada masa ini lebih besar bukan setakat hanya tertumpu dalam mengurus keluarga dan rumah tangga semata-mata bahkan peranan dalam pembentukan masyarakat harmoni tidak boleh dinafikan.

“Di samping itu, kita juga ingin menggalakkan lagi ramai wanita untuk keluar dari kepompong mereka agar lebih melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan,” jelasnya.

Shirley turut memaklumkan, majlis makan malam merupakan aktiviti tahunan persatuan terbabit, selain Pertandingan Perahu Naga yang pada tahun ini dijangkakan akan berlangsung pada Jun depan.

Beliau ditemui media selepas selesai mengadakan kunjungan hormat kepada Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Seri Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH