Sabah Tuan Rumah CAFEO 2024 Oktober Ini

Sabah Tuan Rumah CAFEO 2024 Oktober Ini

0
SHARE
Juhar
Willy menyampaikan dokumen berkaitan dengan penganjuran persidangan kepada Tun Juhar sambil disaksikan ahli jawatankuasa penganjur CAFEO 2024 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah akan menjadi tuan rumah bagi Conference of the ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO) 2024 akan berlangsung mulai 22 hingga 24 Oktober ini.

Pengerusi Institution of Engineers Malaysia (IEM) Chin Tet Fu @ Willy berkata persidangan yang bertemakan “Charting ASEAN Growth with Digital Transformation, Smart Engineering and Green Solutions” itu dijangka akan dihadiri kira-kira 1500 peserta daripada 10 buah Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

“Sepanjang persidangan, anggota jurutera akan menghadiri sesi teknikal, mesyuarat, ucaptama dan pameran dengan tumpuan diberikan bagi menangani cabaran kejuruteraan, kerjasama selain mempromosi amalan baik dalam komuniti kejuruteraan ASEAN.

“Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah CAFEO adalah pada 2015 yang berlangsung di Pulau Pinang,” ujarnya kepada media selepasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddindi Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurut Willy, kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan dengan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah penganjuran ‘Conference of the ASEAN Federation of Engineering Organisations’ (CAFEO) 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini di Sabah International Convention Centre (SICC).

Turut mengunjungi Tun Juhar adalah Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri (KLN) Shahafeez Shaharis.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan perkembangan semasa negara dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pejabat beliau khususnya kepada pejabat-pejabat kedutaan di negeri ini selain memaklumkan pelantikan beliau sebagai Pengarah berkuatkuasa Ogos 2023.

Sebelum ini, Shahafeez berkhidmat di Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia KLN selain pernah berkhidmat sebagai Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia Berlin di German. — JABATAN PENERANGAN SABAH