KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian di negeri Sabah turun semula kepada dua angka hari ini dengan 93 kes iatu penurunan 34 kes berbanding catatan 127 kes kelmarin.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keadaan adalah lebih baik daripada semalam dengan 19 daerah tidak merekodkan jangkitan baharu sepanjang 24 jam lalu.
“Kelmarin hanya 12 daerah bersih daripada jangkitan. Sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan cuma empat (4) daerah merekodkan jangkitan harian yang bertambah termasuk Sandakan yang merekodkan kes baharu dua angka…
“Jangkitan harian di Kota Kinabalu naik mendadak kepada 56 kes, pertambahan sebanyak 24 kes berbanding jumlah kelmarin.
“Manakala kes baharu di Penampang pula turun sebanyak 34 kes berbanding jumlah kelmarin dengan mencatatkan hanya 14 kes hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata lebih 80 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.
Dalam pada itu, hanya satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini dan yang lain-lain dalam Kategori 1 dan 2 sahaja.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 56 (32)
Penampang 14 (48)
Sandakan 10 (9)
Papar 5 (9)
Beluran 4 (2)
Sipitang 2 (3)
Kudat 1 (0)
Tuaran 1 (6)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (4)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (2)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Putatan 0 (3)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (5)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)





