KOTA KINABALU, SABAH – Trend peningkatan kes dijangka akan berterusan sebagaimana yang berlaku di seluruh negara.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat juga kemungkinan ini merupakan satu lagi gelombang jangkitan.
“Ia kemungkinan berpunca daripada varian baharu Covid yang belum diketahui…
“Buat masa ini ia sekadar satu andaian sehingga siasatan dan penyelidikan lanjut dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Walaubagaimanapun, beliau berkata aktiviti sosial tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berpotensi untuk mencetuskan angka yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, dari 170 kes yang direkodkan hari ini, terdapat tiga (3) kes dilaporkan dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.





