KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian terus meningkat dengan 160 kes baharu hari ini iaitu pertambahan 37 kes berbanding jumlah semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, nisbah daerah yang merekodkan peningkatan angka (11 daerah) dan penurunan angka (8 daerah) hampir seimbang.
“Walau bagaimanapun, jumlah peningkatan jangkitan yang tinggi di beberapa daerah mengakibatkan jumlah keseluruhan kes baharu bagi Sabah bertambah dengan banyaknya…
“Antaranya, Putatan 25 kes (+25), Penampang 25 kes (+12), Papar 8 kes (+7), Tawau 7 kes (+6), Beaufort 6 kes (+6) dan Sandakan 6 kes (+6).
“Hanya Kota Kinabalu dengan 60 kes (-21) dan Keningau dengan 4 kes (-5) yang mencatatkan angka penyusutan kes baharu yang agak besar,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata jumlah daerah yang bersih daripada jangkitan baharu berkurangan daripada 16 kepada 13 daerah sahaja hari ini.
Sementara itu, lapan (8) daerah kembali mencatatkan kes baharu setelah mencatatkan kes sifar kelmarin, berbanding hanya lima (5) daerah yang kembali mencatatkan kes sifar.
“Peningkatan angka kes positif adalah juga selari dengan pertambahan jumlah sampel ujian, daripada 1724 kelmarin kepada 2684 sampel ujian hari ini,” katanya.
Terdapat satu (1) kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4 dicatat hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 60 (81)
Penampang 25 (13)
Putatan 25 (0)
Papar 8 (1)
Tuaran 8 (9)
Tawau 7 (1)
Beaufort 6 (0)
Sandakan 6 (0)
Keningau 4 (9)
Kudat 4 (0)
Kuala Penyu 3 (0)
Sipitang 2 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kota Belud 0 (3)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (1)





