SELEPAS KALAH PRN KE-16 SABAH, PEMIMPIN WARISAN DILIHAT SEMAKIN GILA DAN KUAT...

SELEPAS KALAH PRN KE-16 SABAH, PEMIMPIN WARISAN DILIHAT SEMAKIN GILA DAN KUAT FITNAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Umum mengetahui sejak awal lagi Parti Warisan Sabah tidak pernah diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah dan mentadbir negeri Sabah.

Pada tahun 2018 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN ke-15) Sabah, Barisan Nasional (BN) menang 29 kerusi yang kemudiannya 31 kerusi selepas dua Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung untuk membentuk Kerajaan negeri Sabah.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2018 (PRN-15) yang berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 (PRU-14)…

Parti Warisan pimpinan Shafie selepas bergabung dengan DAP dan PKR pula hanya memperolehi 29 kerusi pada ketika itu.

Hanya selepas DUA (2) hari Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir Sabah, akhirnya disebabkan oleh penipuan dan kelicikan pimpinan Parti Warisan mereka berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah melalui ‘jalan pintu belakang’.

Ironinya dalam tempoh hanya dua (2) tahun Parti Warisan mentadbir Negeri Sabah, kerosakan begitu besar telah berlaku di mana pengangguran semakin meningkat, kegagalan membawa pelabur asing, kadar kemiskinan termasuk kes penculikan dan aktiviti bom ikan mengalami trend peningkatan mendadak naik serta yang paling ketara adalah kadar KDNK telah jatuh sehingga ke paras 0.5 peratus (0.5%) yang asalnya adalah 8.2 peratus (8.2%).

Warga Filipina maut terkena bom ikan…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …
Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) –
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

Malahan wujud dakwaan daripada sumber luar, sekumpulan pengganas Abu Sayyaf yang ditembak mati di Beaufort baru-baru ini telah menyelinap masuk ke Sabah semasa Parti Warisan masih lagi mentadbir negeri Sabah.

Atas kesedaran melihat kepada kerosakan yang amat teruk serta ingin menyelamatkan negeri Sabah dari tangan yang salah, tindakan belasan orang wakil rakyat sewajarnya dipuji.

Mereka yang terdiri daripada wakil rakyat Parti Warisan, PKR dan DAP telah mengumumkan untuk menarik sokongan mereka kepada Shafie Apdal sekaligus memaksa Shafie membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Julai 2020.

Seperti jangkaan awal Parti Warian Plus akan kalah, keputusan PRN ke-16 jelas menunjukkan rakyat Sabah telah membuka pintu keluar kali kedua yang mana kali pertama pernah dilakukan kepada Warisan pada PRN ke-15 yang lalu.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali ke-16 Sabah…(Sumber Foto:SPR)

Menurut Gerakan Pembela Sabah (PEMBELA) dalam satu kenyataan berkata, pemimpin-pemimpin Warisan masih GAGAL menerima hakikat penolakan rakyat Sabah kepada mereka. Oleh sebab itu mutakhir ini, pemimpin-pemimpin dan jentera Parti Warisan Sabah dilihat SEMAKIN GILA dan telah menabur FITNAH secara keterlaluan kepada parti-parti yang membentuk Kerajaan GRS.

“Serangan fitnah bertali arus bukan sahaja ditujukan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor serta Parti BERSATU, sebaliknya kepada pemimpin-pemimpin UMNO termasuklaH STAR dan PBS juga YANG MENJADI sasaran fitnah mereka…

“Fitnah jijik terkini yang dilakukan oleh jentera Parti Warisan apabila menularkan foto barisan pimpinan GRS kononnya telah menghadiri majlis makan tanpa mengikuti SOP. Walhal foto yang sebenarnya majlis tersebut diadakan pada tahun 2019 iaitu semasa kunjungan Tan Sri Musa Aman ke rumah pimpinan UMNO, BERSATU dan PBS di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.

Fitnah yang dibuat oleh jentera Parti Warisan dengan menularkan foto barisan pimpinan GRS kononnya telah menghadiri majlis makan tanpa mengikuti SOP, foto yang sebenarnya majlis tersebut diadakan pada tahun 2019 iaitu semasa kunjungan Tan Sri Musa Aman ke rumah pimpinan UMNO, BERSATU dan PBS di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran…

“Mereka turut menularkan kononnya Datuk Seri Hajiji bersembunyi ketika banjir di Tenom dan Beaufort, walhal Ketua Menteri sendiri turun padang melawat mangsa banjir.

Fitnah yang dilemparkan oleh ahli Warisan Sabah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Datuk Seri Hajiji, Ketua Menteri Sabah melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan daripada Kerajaan GRS, sebaliknya jentera Parti Warisan membuat FITNAH menyatakan Hajiji bersembunyi…

“Kelmarin pula wakil rakyat Tanjung Aru Junz Wong yang amat dikenali sebagai ‘YB PEMBOHONG’ pula menularkan berita palsu kononnya rakyat boleh menghubungi UPPM untuk meminta bakul makanan, sedangkan yang menguruskan bantuan bakul makanan adalah Pejabat Daerah termasuklah DBKK dan Majlis Perbandaran…

Junz Wong tularkan BERITA PALSU kononnya rakyat boleh menghubungi UPPM untuk meminta bakul makanan..

“Tindakan Junz dan wakil rakyat Parti Warisan adalah jelas satu cubaan untuk melarikan diri dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Sepatutnya wakil rakyat seperti Junz Wong meminta peruntukan daripada Shafie Apdal dan Peter Anthony yang amat terkenal dengan kekayaan mereka bagi membeli barangan keperluan makanan untuk diagihkan di kawasan yang memerlukan.

“Harus diingat bahawa masalah rakyat ketika ini berpunca selepas Shafie membubarkan DUN Sabah…

“Sebelum PRN-16, kes COVID-19 hanya mencatatkan 2 angka sahaja, tetapi selepas PRN-16 Sabah sehingga kini kes tidak pernah menurun.

Portal berita Malaysiakini turut menyiarkan hasil kajian Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura gelombang ke-3 COVID-19 di Malaysia berpunca daripada PRN kali ke-16 Sabah…

Kajian yang dijalankan oleh 12 orang daripada Saw Saw Hock School Of Public Health Singapura mengesahkan PRN kali ke-16 Sabah adalah punca utama menyebabkan kes COVID-19 meningkat naik di Malaysia…

“Kemudian lihat sahaja poster (billboard) gergasi Shafie termasuk bendera Parti Warisan di seluruh Sabah semasa PRN baru-baru ini,  difahamkan kesemuanya menelan belanja puluhan juta ringgit dan sudah tentu dengan kos yang sebegini besar Shafie dan Peter berkemungkinan menyimpan wang yang lebih ketika ini,” ujar PEMBELA lagi.

‘Billboard’ gergasi wajah Shafie Apdal dan bendera Warisan dipasang di seluruh Sabah semasa PRN, kos jangkaan menelan belanja jutaan ringgit…

Dalam pada itu, penganalisis politik bebas Syihab Al-Hadi ketika dihubungi mengenai kekerapan pemimpin-pemimpin Parti Warisan menabur fitnah ke atas pemimpin-pemimpin Parti GRS pula berkata, rakyat ketika ini semakin cerdik dan bukan mudah untuk dibohongi mereka (Parti Warisan Sabah).

“Zaman ini adalah zaman IT, rakyat hanya perlu membuat carian di telefon bimbit mereka untuk mencari kebenaran…

“Sebagai contoh yang terkini foto yang ditularkan oleh pemimpin-pemimpin Parti Warisan kononnya majlis makan di meja bulat oleh Datuk Seri Hajiji bersama wakil rakyat GRS telah melanggar SOP, foto yang sebenar telah diambil pada tahun 2019 iaitu semasa Parti Warisan masih mentadbir negeri Sabah dan kes COVID-19 belum ada lagi.

Portal FMT turut menyiarkan foto tahun 2019 ziarah Hari Raya Aidilfitri oleh Tan Sri Musa Aman termasuk Tan Sri Pairin Kitingan ke atas pemimpin UMNO, BERSATU dan PBS di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran, sebaliknya foto ini dijadikan bahan fitnah kononnya pemimpin GRS telah melanggar SOP sambil tidak menghiraukan kesusahan rakyat Sabah…

“Yakinlah bahawa kekerapan pemimpin-pemimpin Warisan melakukan fitnah sebegini akan membuatkan rakyat Sabah semakin menjauhkan diri mereka dari Parti Warisan,” Syihab berkata lagi.