TAWAU, SABAH – Sebanyak lima ekor lembu telah dimaanfaatkan kepada komuniti Muslim di Tawau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad lalu.
Lima ekor lembu tersebut yang bertujuan untuk acara korban diserahkan oleh ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew.
Lebih daripada 20 ketua Cawangan PKR dari Sri Tanjung, Apas dan Balung hadir dalam satu acara korban lembu yang diadakan di Ibu Pejabat Pusat Khimat Rakyat di Kongsi 10, Apas.
Dalam pada itu, daging lembu diedarkan oleh para ketua cawangan kepada penduduk di sekitar perumahan dan lebih 20 perkampungan…
Ketua Hal Ehwal Parlimen Tawau Putra Andon mewakili Christina Liew.





