Wanita Maut BMW Langgar Penghadang Jalan

Wanita Maut BMW Langgar Penghadang Jalan

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang wanita berumur 41 tahun maut setelah sebuah kenderaan jenis BMW terbabas melanggar penghadang jalan berhampiran Padimas Point di Jalan Penampang – Kinarut sini.

Mangsa dikenali sebagai Jessica Simon manakala dua lagi mangsa, juga seorang wanita, 24, dan seorang lelaki, 26, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian 1.45 pagi tadi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala dua (2) orang mangsa yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba dilokasi…

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Queen 1 menggunakan ambulans untuk menerima rawatan susulan,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan.