SEREMBAN – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan pengeluar kaca inovatif, Kibing Group (M) Sdn Bhd untuk menubuhkan kilangnya di Sabah.
Mengunjungi kilang kaca canggih di atas jemputan pengurusannya yang terletak di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan memudahkan pelaburan agar memastikan projek itu bermula secepat mungkin.
Dalam lawatan itu, Hajiji diiringi Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Thomas Logijin.
Rombongan tersebut diberikan taklimat oleh Pengerusi Kumpulan Kibing, Yu Qi Bing dan Presiden syarikat Dato’ Lim Swee Ee.

Yu memberitahu Ketua Menteri bahawa Kumpulan Kibing akan melabur RM10 bilion untuk membina kemudahan yang lebih besar di Sabah dengan fasa pertama sahaja menelan belanja RM2 bilion.
Hajiji berkata satu jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri akan dibentuk untuk memudah dan mempercepatkan proses pelaburan termasuk keperluan Kumpulan Kibing untuk mendapatkan silika gred tinggi.
Sebelum lawatan kilang kaca itu, Ketua Menteri telah merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA Fair) yang Ke-49 di PWTC di Kuala Lumpur.
Pada Selasa, beliau akan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri sebelum mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke Majlis Raja-Raja.





