KOTA KINABALU, SABAH – Setelah hampir 10 jam menyangkut 30 meter di atas sebuah pokok di Bukit Kokol, Menggatal, sini, seorang peluncur udara (paraglider) akhirnya berjaya diturunkan pasukan penyelamat malam semalam.
Insiden pada kira-kira 12 tengah hari itu dipercayai berlaku akibat tiupan angin kencang menakibatkan mangsa lelaki terbabit tersasar dari laluan sepatutnya.
Pusat Gerakan Operasi Bomba melaporkan telah menerima bantuan dari kelab dron D’Bayu bagi meninjau kawasan hutan tebal.
“Mangsa berjaya diturunkan pada jam 10.13 malam…
“Pasukan Bomba mengiring mangsa bergerak ke Pos Kawalan yang didirikan sejauh 2KM dari lokasi mangsa jatuh dan tersangkut dipokok.
“Mangsa seterusnya diberi rawatan oleh pasukan EMRS di Pos Kawalan dan dihantar ke rumah penginapan mangsa,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah malam.