TERBAIK!! TULAR PELANCONG ASING PUJI BAIKNYA ORANG TAWAU

TERBAIK!! TULAR PELANCONG ASING PUJI BAIKNYA ORANG TAWAU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sememangya orang Sabah semuanya baik-baik belaka, itu ungkapan para pelancong setiap kali datang ke Sabah untuk melancong.

Pujian tersebut sekali lagi diberi kepada orang Sabah khususnya kepada orang Tawau, menerusi sebuah video akaun Tiktok seorang pelancong yang datang ke Tawau Sabah.

Difahamkan, pelancong tersebut yang tiba ke dearah Tawau mempunyai masalah untuk mengeluarkan wang dari bank, dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai wang sehinggalah seorang lelaki tempatan datang untuk membantu mereka.

“Saya tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Kami datang ke Tawau, Sabah dan semua kad bank kami tidak berfungsi.

“Semua ATM telah menolak kad bank kami dan kami tidak mempunyai wang untuk perkhidmatan taxi, membeli makanan dan tiket bas,” katanya menerusi video tersebut.

Menurut pelancong itu, setelah mereka berusaha mencari ATM yang boleh berfungsi selama 40 minit, tiba-tiba datang seorang lelaki tempatan yang menawarkan bantuan.

“Setelah selama 40 minit kami cuba mencari ATM yang boleh menerima kad bank kami

“seorang lelaki datang kepada kami dan berkata ‘Saya akan bantu kamu’…

“Dia kemudian membawa kami ke semua bank berdekatan sehingga kami dapat mengeluarkan sedikit wang.

“Dia kemudian membawa kami makan dan bayar untuk kami. Kami cuba membayar dia balik, tetapi dia menolak. Selepas itu dia menghantar kami ke stesen bas.

“Saya terkejut yang banyak sungguh orang yang baik di Malaysia dan betapa Allah menolong awak jika anda benar-benar memerlukanya. Subhanallah” katanya…

Dalam pada itu, ramai netizen memberi respond positif di ruangan komen.

“All sabahans are good people well I’m from Sabah,” kata seorang netizen.

“Sabahans are nice people. I went to Tawau/Semporna and Kota Kinabalu earlier this year. Everyone I met are so nice, friendly, and helpful,” kata pengguna Tiktok @zanifaysron.

“Sabahan are generous and kind in general. Live long and prosper,” kata pengguna Tiktok @missrinajamal.