Mayat Ditemui Dalam Dalam Bilik Air Terkunci

Mayat Ditemui Dalam Dalam Bilik Air Terkunci

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Pasukan penyelamat dipanggil untuk membuka pintu bilik air yang terkunci pada sebuah rumah di Kampung Bingkor sini lalu menemui mayat seorang lelaki.

Panggilan kecemasan di Jalan Bingkor Bypass kira-kira 8.50 pagi tadi (Selasa) mendapati mangsa berumur 35 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa disahkan meinggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut… 

“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi memastikan tiada kemerbahayaan dan operasi ditamatkan pada jam 10.20 pagi,” katanya.