Sabah Rekod Peningkatan 1 Kes Berbanding Kelmarin

Sabah Rekod Peningkatan 1 Kes Berbanding Kelmarin

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Peningkatan satu kes sahaja direkodkan hari ini iaitu 160 berbanding 159 kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Beaufort dan Tambunan yang mencatat sifar kes kelmarin adalah diantara enam (6) daerah yang merekodkan kes dua angka hari ini.

“Antara daerah-daerah sifar kes yang kembali mencatat jangkitan baharu ialah Putatan dengan sembilan (9) kes, Beluran empat (4) kes dan Telupid dua (2) kes. 

“Hanya enam (6) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu termasuk Semporna, Pitas, Kunak dan Kalabakan yang kesemuanya mencatat jangkitan sebelum ini,” katanya.

Beliau menjelaskan jumlah sampel ujian yang diterima hari ini ialah 2,508, jauh lebih tinggi daripada 1,658 semalam.

“Walaubagaimanapun kadar positiviti yang lebih rendah hari ini menghadkan peningkatan jumlah kes baharu kepada 1 kes sahaja…

“Kadar positiviti hari ini cuma 7.30 peratus jauh lebih rendah daripada 9.65 peratus semalam,” tambahnya.

Kota Kinabalu dengan 44 jangkitan baharu masih merupakan penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah, walaupun jumlah ini merupakan penurunan 33 kes berbanding angka semalam.

Daerah-daerah lain ialah Tuaran 16 kes (+2), Beaufort 14 kes (+14), Tawau, 13 kes (+3), Tambunan 11 kes (+11) dan Penampang 10 kes (-5).

Dalam pada itu terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 4 hari ini manakala yang lain dalam Kategori 1 dan 2 sahaja.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 44 (77)

Tuaran 16 (14)

Beaufort 14 (0)

Tawau 13 (10)

Tambunan 11 (0)

Penampang 10 (15)

Putatan 9 (0)

Ranau 8 (10)

Sandakan 8 (7)

Beluran 4 (0)

Tenom 4 (3)

Kinabatangan 3 (1)

Kota Belud 3 (1)

Papar 3 (3)

Keningau 2 (3)

Lahad Datu 2 (2)

Telupid 2 (0)

Kota Marudu 1 (2)

Kudat 1 (4)

Nabawan 1 (0)

Sipitang 1 (0)

Kalabakan 0 (1)

Kuala Penyu 0 (0)

Kunak 0 (2)

Pitas 0 (2)

Semporna 0 (2)

Tongod 0 (0)