TENOM, SABAH – Seorang lelaki berusia 60 tahun kehilangan nyawa apabila dihempap jentolak semasa melakukan kerja-kerja mengangkat tanah di Kg Tuan berdekatan SK Lagut sini pagi tadi (Jumaat).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 10.12 pagi.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya…
“Operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi,” katanya sambil menambah lokasi insiden berjarak kira-kira 8 km daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tenom.





