‘SAUDIN THE ORANGUTAN WHISPERER’ MENJADI INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA

‘SAUDIN THE ORANGUTAN WHISPERER’ MENJADI INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kisah keberanian Saudin Labutau yang merupakan orang Murut pertama menjejakkan kaki di New York, Amerika Syarikat pada 1936 seharusnya menjadi inspirasi kepada semua, terutama generasi muda.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kisah Saudin yang mengatasi pelbagai cabaran untuk mengembara dari hutan Borneo dan akhirnya berjaya sampai ke New York kira-kira 86 tahun lalu sangat menarik.

Berasal dari Kampung Ambual, Keningau, Saudin pada usia 26 tahun membuat perjalanan itu selepas direkrut oleh pasangan pembuat filem dokumentari terkenal Amerika Martin dan Osa Johnson.

“Walaupun tidak mempunyai pendidikan asas, dia seorang yang tidak mudah gentar. Dia berani dan sukakan cabaran…

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melihat beberapa gambar pada pameran ‘Murut Journey to New York’…

“Walaupun tugasnya adalah untuk menjaga orang utan bernama Abai di New York, kita tidak dapat bayangkan semua halangan yang dilalui Saudin yang tinggal begitu jauh dari keluarganya.

“Namun, dia tabah. Saya sangat terharu,” kata Hajiji pada majlis pelancaran dokumentari “Saudi The Orangutan Whisperer” dan pameran “The Murut Journey to NewYork – 1936” di Galeri Azman Hashim dan Auditorium Sekafi di Universiti MalaysiaSabah (UMS) pada Jumaat.

Ketua Menteri berkata beliau tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan penuh selepas melihat semakan dokumentari oleh penerbit dan waris Saudin yang datang menemuinya bulan lepas. Saudin meninggal dunia pada 1986.

“Ini adalah warisan Saudin, bukan sahaja untuk anak-anaknya tetapi keberaniannya harus dicontohi oleh semua belia kita…

“Sentiasa berani dengan hati yang kukuh apabila menghadapi cabaran dan jangan berhenti belajar benda baharu,” katanya.

Hajiji memuji Rye Production Sdn Bhd dan mereka yang secara langsung terlibat dalam penghasilan dokumentari yang akan turut disiarkan di History Channel Asia.

“Ini tidak ternilai kerana ia bukan sahaja menggambarkan perjalanan hidup Saudin tetapi juga menarik perhatian kepada imej unik Borneo yang menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan,” katanya.