KUNAK, SABAH – Empat buah rumah pada satu blok pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Semporna, sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan fizikal yang dialami penghuni dalam kejadian 1.50 pagi di Winsome Harvest Palm Oil Mill itu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan struktur jenis kekal dengan keluasan keseluruhan 80×25 kaki terlibat terbakar 90 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan dengan sumber air dari jentera…
“Operasi terkawal pada jam 3.38 pagi dan tamat sepenuhnya sejam berikutnya,” katanya.
Sementara itu di Papar, pemandu sebuah Perodua Myvi sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan terbabit terbakar sepenuhnya di Jalan Sabindo, Kinarut.

Menurut Ketua Operasi, PBK II Dahlan BIn Jainuddin, operasi pemadaman dalam insiden 2.20 pagi di tepi jalan Lok Kawi Heights menggunakan 1 aliran salur bantu mula dan air dari jentera.
“Operasi terkawal pada jam 3.06 pagi,” katanya sambil menambah kenderaan terbabit musnah 100 peratus.





