Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Sokong Panggilan ‘Kaukus Borneo’

Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Sokong Panggilan ‘Kaukus Borneo’

0
SHARE
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar bersama barisan ahli parlimen Sabah dan Sarawak...(Ihsan Foto: Pejabat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak))

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyokong penuh idea dalam membentuk ‘Kaukus Borneo’ bagi menjalin kerjasama secara politik dan suara bagi menyokong dan memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perdana Menteri yang akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ia merupakan salah satu daripada isu yang dibangkitkan selain perkara lain berkaitan cadangan pemulangan semula peruntukan kerusi sebanyak 35 peratus untuk Malaysia Timur.

“Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyokong penuh idea terbabit dimana kita harus mempunyai suara sama untuk menjaga dan melaksanakan prinsip dan asas MA63 disamping menyatakan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas sesi taklimat khas di antara ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang diadakan, hari ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar…

Dalam pada itu, Maximus turut menekankan semua ahli Parlimen Borneo menyentuh kemungkinan untuk menginstitusikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ia adalah untuk menawarkan rangka kerja tetap bagi melaksanakan semua kerja serta pembentukan Jawatankuasa Parlimen Pilihan untuk meneruskan cadangan Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63) yang telah dipersetujui oleh Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita berpuas hati dengan reaksi dan maklum balas yang diterima dari semua ahli parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang. Ia merupakan satu sesi yang interaktif…

“Langkah seterusnya ialah merasmikan kerjasama politik dan potensi hubungan kerja di kalangan parti Borneo. Isu yang dibangkitkan adalah kepentingan umum dan dekat di hati kami. Ini adalah permulaan dan sejarah…

“Ahli parlimen Borneo mahu membuat perubahan terhadap hala tuju dan fokus kepada politik negara Malaysia,” katanya.