PRU-15 Perlu Untuk Rakyat Memilih Kerajaan Yang Stabil – Bung

PRU-15 Perlu Untuk Rakyat Memilih Kerajaan Yang Stabil – Bung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polemik sebelum ini ,sama ada Piliahraya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakub pada petang tadi (isnin) mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 bagi memberikan laluan PRU-15 akan diadakan.

Bagi Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas beliau mengenai pembubaran ini berkata, pilihanraya ini perlu diadakan untuk memastikan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang mendapat mandat yang sah daripada rakyat.

“Keputusan pembubaran Parlimen ke-14 ini tepat pada masanya untuk mendapatkan mandat baharu dari rakyat memilih kerajaan baru yang mampu membawa kepada kestabilan politik negara dan ini merupakan sebahagian dari proses demokrasi yang perlu dihormati.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah pembubaran ini juga akan menghentikan tomahan dari bebebarapa pihak yang kerajaan dipilih pada hari ini kerajaan “Pintu Belakang” dan “Kerajaan Tebuk Atap”

Bung berkata belum pernah berlaku dalam sejarah dalam satu panggal yang sama berlaku pertukaran tiga kali Kerajaan dan Perdana Menteri yang menunjukan keadaan politik negara tidak stabil sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

“PRU-15 kali ini rakyat perlu bijak memilih kerajaan untuk menerajui negara, konsep fikir sebelum undi penting bagi megwujudkan kestabilan politik selain tidak mengulangi episod pada PRU-14 memilih parti yang bukan sahaja gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan tapi gagal membawa kestabilan politik dan ekonomi negara” katanya.

Susulan itu, katanya, pengundi perlu membuat keputusan terbaik untuk memilih pemimpin berkualiti bagi memulihkan kestabilan politik sekali gus memacu semula ekonomi negara.

“Secara kasarnya, ekonomi negara belum lagi pulih memandangkan Malaysia berdepan pelbagai cabaran termasuklah pertukaran kerajaan dan Covid-19 menyebabkan situasinya tidak menentu.

Dalam pada itu, Bung berkata, usaha memulihkan ekonomi negara memerlukan politik yang stabil bagi menarik kedatangan pelabur ke Malaysia.

“Kalau politik tidak stabil, negara ini bukanlah menjadi keutamaan pelabur. Jika kita lihat di Indonesia, mereka ada banyak pelabur kerana tidak bercakap tentang politik selepas Pertandingan Presiden selesai…

Mengenai persediaan BN Sabah menghadapi PRU-15 kali ini Bung berkata, BN Sabah telah pun bersiap sedia menghadapinya ini termasuklah pelancaran jentera BN yang telah diadakan dan akan diteruskan dibeberapa Zon yang belum dilancarkan.

Dalam perkembangan yang sama Bung berkata BN Sabah akan berkerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah pada PRU-15 kali ini dimana rundingan sedang berjalan dengan baik dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh yang terdekat ini.

Mengenai calon-calon di Sabah yang akan mewakili BN dalam PRU-15 kali ini Bung berkata, BN Sabah sudah pun mengenal pasti calon berpoetsni untuk bertanding dan akan memuktamadkan senarai calon kepada BN pusat setelah rundingan bersama GRS selasai .

“Pada sirih jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran jentera BN yang telah kita laksanakan sokongan peringkat akar umbi cukup meyakinkan semua persiapan BN Sabah untuk mengekalkan kemangan dahulu dan akan dapat memberikan seberapa banyak kerusi untuk membantu BN menawan Putrajaya,” katanya.