KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa seramai 20 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini telah menyatakan sokongan kepada dirinya sebagai Perdana Menteri ke-10.
Menurut sumber dalaman BN, seramai 20 daripada 30 ahli Parlimen yang menang itu sedia untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.
Difahamkan bahawa tindakan 20 ahli Parlimen BN kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang giat mengatur gerakan untuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini selepas tularnya kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah bersetuju dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, Zahid turut memberi amaran kepada kesemua ahli Parlimen UMNO yang menang pada PRU-15 agar menurut arahannya selaku Presiden parti.