STAR Sabah Terkejut Pengundi Parlimen Keningau Meningkat 70 Peratus

STAR Sabah Terkejut Pengundi Parlimen Keningau Meningkat 70 Peratus

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Solidariti Tanahairku (STARSABAH) juga terkejut setelah mendapati bahwa terdapat peningkatan jumlah pengundi yang sangat luarbiasa di kawasan Parlimen Keningau, sejurush selepas rakan didalam GRS, Parti Maju Sabah (SAPP), mendedahkan terdapat peningkatan jumlah pengundi di seluruh Sabah.

Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata dia mendapati peningkatan luarbiasa tersebut di Keningau adalah melebihi 70 persatus.

“Ini amat luarbiasa dan juga meragukan,” katanya.

Menurutnya, dia mendapati angka pengundi di Parlimen Keningau berjumlah 51,777 pada tahun 2018 dan ia meningkat secara mendadak kepada 87,371 pada 2022, menjadikan peningkatan sebanyak 70.7 peratus.

Kitingan telah dimaklumkan bahwa jumlah Undi18 di Keningau kurang daripada 8,000.

“Adakah mustahil kita boleh mencapai peningkatan sebanyak 30,000 dalam tempoh kurang dari lima tahun. Macam ada yang tidak betul,” katanya.

Sebelum ini, SAPP telah mendedahkan peningkatan jumlah pengundi di Sabah yang disifatkan amat “mengejutkan”.

Parti tersebut berkata daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan peningkatan pengundi baru sebanyak 53.9 peratus, iaitu daripada 1,064, 686 pada 2008 kepada 1,638,806 tahun ini.

Peningkatan luarbiasa tersebut menyebabkan presiden parti itu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengesyaki ianya disebabkan oleh terdapatnya jumlah besar pengundi yang dihasilkan oleh skandal Projek IC.

Yong dilaporkan berkata berdasar kepada kajian awal daftar pengundi tahun 2022, kebanyakan pengundi baru tersebut berumur antara 30an ke 60an.

Dia berkata adalah amat menghairankan bagaimana terdapat jumlah pengundi yang sudah berumur yang sedemikian besar.

Kitingan berkongsi kerisauan Yong dan menuntut agar pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

“Pengundi Sabahan juga amat terkejut dengan pendedahan ini. Mereka menuntut jawapan dari pihak berkuasa dan juda tindakan segera dimabil,” katanya.