Pekerja Indonesia Melecur Seluruh Badan

Pekerja Indonesia Melecur Seluruh Badan

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Seorang warganegara Indonesia melecur di seluruh badan dalam kebakaran stor baja di Jalan Jerokoh di Batu 13 kira-kira 3.42 petang kelmarin (Isnin).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan struktur tidak kekal berkeluasan 15×10 terbabit terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan sumber air dari tangki jentera…

“Mangsa terlibat, Nasaruddin Silele berusia 41 tahun telah di hantar ke hospital Lahad Datu oleh pihak Ambulan sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut sumber yang sama tiada litupan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (GIRN) mahupun talian telefon dilokasi kejadian.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Operasi terkawal pada jam 4.40 dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang,” tambahnya.