Enam Mangsa Tanah Runtuh Hidro Pangi Berjaya Keluar

Enam Mangsa Tanah Runtuh Hidro Pangi Berjaya Keluar

0
SHARE

TENOM, SABAH – Enam lelaki yang terperangkap dalam bencana tanah runtuh di Hidro Pangi ekoran hujan lebat semalam berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian 8.30 pagi tadi mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan tertimbus dan juga beberapa buah kenderaan dan motosikal mengalami kerosakan teruk.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kesemua mangsa berusia sekitar 29 sehingga 42 tahun terperangkap di kawasan ‘Power House’ terletak kira-kira 5 km dari pagar utama.

Difahamkan dua daripada mangsa merupakan polis bantuan yang ditugaskan di stesen hidro berkenaan.

“Tindakan pasukan bomba berjalan kaki ke lokasi mangsa dan berjaya menemui mangsa kira-kira satu kilometer dari pagar utama…

“Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan seterusnya pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain berlaku.

“Pekerja dan orang awam supaya juga dinasihati agar tidak memasuki ke kawasan tahan runtuh,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi.