PRU15: Maximus Pertahankan Kota Marudu Dalam Pertarungan Enam Penjuru

PRU15: Maximus Pertahankan Kota Marudu Dalam Pertarungan Enam Penjuru

0
SHARE

KOTA MARUDU, SABAH – Penyandang kerusi parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili melihat pertandingan enam penjuru termasuk seorang calon Bebas.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, yang akan mengibarkan bendera Gabungan Rakyat Sabah (GRS), adalah orang keempat yang menyerahkan borang percalonannya pada pukul 9.11 pagi di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Kota Marudu, sini, tadi.

Datuk Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) adalah orang pertama menyerahkan borangnya pada 9.05 pagi, diikuti Sharilal Denci (MUDA).

Beliau diikuti Datuk Jilid Kuminding (Warisan) seminit kemudian dan calon Bebas tunggal, Norman Tulang pada 9.15 pagi.

Calon Pejuang Tanah Air Mohd Azmie Zulkiflee adalah yang terakhir untuk menyerahkan borang pada 9.20 pagi.

Hari ini juga menandakan permulaan rasmi tempoh kempen selama dua minggu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ untuk Malaysia.