PRU15: SAH RONALD KIANDEE LANGGAR CALON BN DI BELURAN

PRU15: SAH RONALD KIANDEE LANGGAR CALON BN DI BELURAN

0
SHARE
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee...

BELURAN, SABAH – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sah bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen P183 Beluran.

Ronald yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bertanding di atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini Ronald digugurkan daripada senarai calon Beluran selepas perbincangan agihan kerusi dibuat diantara GRS-BN manakala bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedick Asmat dinamakan sebagai calon bagi Parlimen Beluran untuk kuota Barisan Nasional (BN).

Benedick Asmat…

Bercakap kepada wartawan Ronald berkata, beliau sekali lagi menawarkan diri bagi Parlimen Beluran untuk mengangkat agenda pembangunan supaya berterusan.

“Saya akan bertanding atas tiket PN parti yang dianggotai oleh beberapa buah parti di peringkat nasional dan juga peringkat negeri. Ini merupakan satu platform yang terbaik bagi mengangkat aspirasi Beluran di peringkat nasional.”

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hadir pada hari penaaman calon hari ini (5 Nov 2022) bagi bertanding mempertahankan kerusi Parlimen P183 Beluran atas tiket Perikatan Nasional (PN)…

Parlimen Beluran bakal menyaksikan pertembungan LIMA (5) penjuru dan calonnya ialah Benedict Asmat (BN-UMNO), Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin @Sudin (Pejuang), Ronald (PN-Bersatu) dan Felix Joseph Saang (PH-UPKO).