Empat Rumah Bukit Vor Terbakar, Warga Emas Pengsan, Melecur Tangan

Empat Rumah Bukit Vor Terbakar, Warga Emas Pengsan, Melecur Tangan

0
SHARE
Bomba
Seorang anggota bomba mengalihkan runtuhan api bagi memastikan bara terpadam ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PUTATAN, SABAH – Seorang wanita berusia 62 tahun pengsan manakala seorang lelaki, 63, melecur di bahagian tangan dalam kejadian kebakaran empat buah rumah di Kampung Linsuk Bersatu, Jalan Bukit Vor, sini, pada kira-kira jam dua petang Ahad.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan lanjut.

Seramai 29 anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat Penampang, Kota Kinabalu dan Lintas berjaya mengawal situasi pada pukul 2.25 petang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, anggota sampai ke lokasi dalam masa 12 minit.

Katanya, tiga buah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus manakala rumah keempat juga jenis separuh kekal terkena bahangan bahagian dinding.