Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Catat Angka Cecah Lebih 4,000

Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Catat Angka Cecah Lebih 4,000

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 Sabah meningkat 144 kes berbanding semalam dengan jumlah jangkitan baharu sebanyak 4,035 KES hari ini.

Antara daerah2 yang mencatat kes yang tinggi ialah Kota Kinabalu 910 kes, Sandakan 496 kes, Tuaran 388 kes, Tawau 328 kes, Penampang 325 kes, Papar 263 kes, Putatan 200 kes, Lahad Datu 189 kes, Beaufort 134 kes, Ranau 129 kes, Keningau 106 kes dan Kota Belud 106 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes baharu di Putatan naik 136 dalam masa sehari.

“Jumlah kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah amat tinggi, 61 peratus atau 2464 daripada 4035 kes hari ini…

“Peratusan jangkitan sporadik yang tinggi membantu penularan virus dengan lebih cepat dan luas mengakibatkan jumlah kes harian yang berganda dalam tempoh yang cepat,” katanya dalam rumusan harian.

Setakat semalam hanya 2 peratus (2%) daripada 411,400 kanak-kanak yang layak divaksin di Negeri Sabah telah menerima vaksin.

Masidi berkata ia adalah satu angka yang sangat rendah dengan mengambilkira risiko jangkitan yang tinggi serta jumlah kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang diangkiti Covid setiap hari.

Hari ini 272 pesakit baharu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun yang sepatutnya sudah layak menerima vaksin.

“Amatlah dianjurkan agar ibu bapa mengambil inisiatif untuk memastikan anak-anak mereka diberi vaksin agar mereka memperolehi perlindungan maksimum daripada jangkitan virus Covid,” tambahnya.

Sejumlah 99 peratus pesakit hari ini cuma berada dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tujuh (7) kes dalam Kategori 3, 14 kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 910 (914)
Sandakan – 496 (478)
Tuaran – 388 (414)
Tawau – 328 (245)
Penampang – 325 (389)
Papar – 263 (256)
Putatan – 200 (64)
Lahad Datu – 189 (184)
Beaufort – 134 (133)
Ranau – 129 (119)
Keningau – 106 (75)
Kota Belud – 106 (100)
Kota Marudu – 84 (72)
Kinabatangan – 48 (18)
Kuala Penyu – 46 (60)
Kunak – 44 (75)
Tenom – 40 (18)
Telupid – 38 (36)
Semporna – 35 (51)
Sipitang – 28 (48)
Kudat – 27 (39)
Tambunan – 25 (26)
Beluran – 21 (27)
Pitas – 10 (11)
Tongod – 9 (14)
Nabawan – 4 (18)
Kalabakan – 2 (7)