PRU15: Tanding Lima Penjuru di Kimanis, Mohamad Alamin Kekal Pertahan Kerusi

PRU15: Tanding Lima Penjuru di Kimanis, Mohamad Alamin Kekal Pertahan Kerusi

0
SHARE
Barisan calon ahli Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat penamaan calon Dewan Al Ghazali SMKA Kimanis hari ini (5 Nov 2022)...

KIMANIS, SABAH – Parlimen Kimanis bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Penyandangnya, Datuk Mohamad Alamin (BN-UMNO), bakal berentap dengan barisan calon dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Dr Daud Yusof, Rowindy Lawrence Odong (PH – UPKO), Amat Md Yusof dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Yusop Osman @ Othman (GTA-PUTRA).

Mohamad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata beliau sangat optimis dalam PRU15 kali ini.

“Saya amat optimis tetapi bukan kerana saya seorang penyandang semata-mata tetapi saya yakin dengan perkhidmatan yang telah saya lakukan untuk Kimanis…

Penyandang kerusi Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin…

“Ia membuatkan saya amat yakin oleh kerana pengundi hari ini sangat bijak untik membuat penilaian parti mana yang harus diangkat di Kimanis ini.

“Jika mahu tahu apa yang saya telah buat, boleh periksa ‘track record’ dan KPI saya. Saya usahakan yang terbaik semampunya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pusat penamaan calon Dewan Al Ghazali SMKA Kimanis, hari ini.

Barisan calon ahli Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat penamaan calon Dewan Al Ghazali SMKA Kimanis hari ini (5 Nov 2022)…

Dalam pada itu, Mohamad berkata antara perkara yang ingin dilaksanakan di Kimanis sekiranya diberi semula mandat menjadi ahli parlimen adalah menaik taraf infrastruktur dan keperluan asas di sini.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menumpukan perancangan menaik taraf sekolah daif di Sabah khususnya Kimanis disamping melaksanakan projek loji air baru di Ulu Bongawan sekiranya memenangi PRU15 nanti.

Disamping itu, Mohamad juga menyatakan hasratnya untuk melaksanakan perancangan menukar status Kimanis sebagai sebuab daerah penuh.

Sebelum ini, Mohamad PRK Kimanis memenangi undi majoriti sebanyak 2,029 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dan menentang calon mewakili WARISAN, Datuk Karim Bujang pada awal tahun 2020.