Toh Puan Norlidah Lancarkan Pertandingan Memanah Tradisional

Toh Puan Norlidah Lancarkan Pertandingan Memanah Tradisional

0
SHARE
Toh puan
Toh Puan (dua dari kiri) menurunkan tandatangan pada plak pelancaran ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUDAT, SABAH – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyempurnakan perasmian pelancaran Pertandingan Memanah Tradisional Negeri Sabah Piala Toh Puan.

Menurut Presiden Persatuan Wanita Sabah (PEWASA) Anne Sidik, pertandingan tersebut merupakan anjuran Rawja Archery dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan diadakan pada Disember ini.

“Pertandingan terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berminat dan ia akan diadakan di UMS pada Disember ini,” katanya kepada media dalam Majlis Makan Malam Serumpun Kasih Pemimpin NGO Wanita Kudat dan Pelancaran Pertandingan Memanah Tradisional Negeri Sabah Piala Toh Puan di sini, pada Jumaat malam.

Hadir dalam majlis tersebut isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Kapor Datin Evelyn Kong dan Pengerusi Puspanita Kudat Jamilah Kula. — JABATAN PENERANGAN SABAH