PRU15: CALON BN REBUT KERUSI PARLIMEN KALABAKAN, TANDING LIMA PENJURU

PRU15: CALON BN REBUT KERUSI PARLIMEN KALABAKAN, TANDING LIMA PENJURU

0
SHARE
Kerusi Parlimen Kalabakan bakal menyaksikan pertembungan sebanyak LIMA (5) penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini...

TAWAU, SABAH – Kerusi Parlimen Kalabakan bakal menyaksikan pertembungan sebanyak LIMA (5) penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pertembungan LIMA (5) penjuru ini membabitkan penyandang kerusi, Ma’mun Sulaiman dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang bakal berentap dengan Dr Nur Aini Abdul Rahman (GTA – PEJUANG); Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-UMNO); Noraini Abdul Ghapur (PH – PKR) dan seorang calon bebas, Muhamad Dhiauddin Hassan.

Calan BN, Andi Muhammad Suryady Bandy menggantikan Aslam Fadli Samsul Alang yang telah dicalonkan sebelum ini atas kapasiti mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, berkelayakan profesional serta bersedia berkhidmat untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat.

Andi Muhammad Suryady Bandy bersama para penyokong GRS-BN memenuhi kawasan penamaan calon Parlimen Kalabakan hari ini (5 Nov 2022) di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin…

Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan dilaksanakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin.

Penyokong GRS-BN memenuhi kawasan penamaan calon Parlimen Kalabakan hari ini (5 Nov 2022) di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin…

Parlimen Kalabakan mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan DUN Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik.