Joseph Umum Persaraan Dari Politik, Arthur Dilantik Sebagai Presiden PBRS

Joseph Umum Persaraan Dari Politik, Arthur Dilantik Sebagai Presiden PBRS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tan Sri Joseph Kurup mengumumkan persaraan dari politik sekaligus melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) yang berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie  berkata pihaknya telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT), semalam.

Menurutnya, AMT sebulat suara bersetuju untuk melantik Datuk Arthur Kurup selaku Timbalan Presiden bagi mengambil alih jawatan Presiden PBRS yang baharu.

“AMT telah meluluskan usul untuk melantik Tan Sri Joseph Kurup sebagai Pengerusi Kehormat PBRS berkuat-kuasa serta merta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.