UMNO Umum Tempoh Bertenang, Kedudukan Lima ADUN Sokong GRS Bakal Diselesaikan Secara...

UMNO Umum Tempoh Bertenang, Kedudukan Lima ADUN Sokong GRS Bakal Diselesaikan Secara Baik

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kedudukan berhubung lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), baru-baru ini bakal diselesaikan secara baik.

Sambil berkata demikian, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO Sabah berada dalam tempoh bertenang susulan tindakanmenggulingkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, baru-baru ini.

“Penyelesaian (dalam memperbaiki hubungan dengan GRS) memerlukan persetujuan bersama daripada semua pihak yang terlibat.

“Saya yakin keberadaan saya ini adalah satu isyarat bahawa kepemimpinan parti di pusat tidak pernah mengambil ringan terhadap perkara yang berlaku di Sabah.

“Kita mesti menangani perbezaan kita untuk mencari titik persamaan,” katanya sambil menambah bahawa dia akan bertemu dengan Hajiji.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengakui rampasan kuasa yang gagal telah menjejaskan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.