ANIFAH DILANTIK PENASIHAT KHAS KEPADA KM HAJIJI

ANIFAH DILANTIK PENASIHAT KHAS KEPADA KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyerahkan watikah pelantikan sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri kepada Datuk Seri Panglima Anifah Aman di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Panglima Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Anifah, 69 yang juga mantan Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan
daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji dalam satu kenyataan berkata beliau yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan negeri dalam menjalin hubungan yang baik dengan negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan
jabatan dan agensi negeri serta program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berbincang dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian terbabit ke Sabah.