PAPAR, SABAH – Seorang penunggang motosikal Yamaha maut selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lama Papar, sini, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Julasiri Gapar maut dalam kejadian kira-kira 2:50 petang manakala pemandu kenderaan Toyota Vigo selamat tanpa sebarang kecederaan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kematian mangsa di lokasi kejadian disahkan oleh pihak Polis.
“Mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 3:40 petang,” katanya.
Operasi melibatkan tujuh orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar dengan jarak lokasi 21 kilometer (km) daripada balai.





