KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu COVID-19 bagi Sabah turun 101 kepada 554 KES hari ini berbanding jumlah 655 kes kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatkan penurunan kes daripada daerah yang mencatatkan pertambahan.
“Kota Kinabalu merekodkan pertambahan kecil dan daerah yang mencatat jumlah kes paling tinggi (76) di Sabah hari ini…
“Walaubagaimanapun, 72 kes adalah kes daftar lewat antara 2-3 hari selepas keputusan saringan diketahui sementera dan empat (4) kes lagi melebihi 3 hari.
“Bagi keseluruhan negeri Sabah, 303 kes atau 54 peratus (54.7%) adalah kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam sebuah rumusan.
Daerah Tongod dan Kalabakan mula mencatatkan sifar (0) kes lagi.
Katanya lebih daripada 97 peratus (97%) daripada kes hari ini dianggap “kes ringan” ataupun tidak memerlukan rawatan di hospital iaitu seramai 101 orang dalam Kategori 1 dan 438 orang dalam Kategori 2.
“Pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah dengan empat (4) orang dalam Kategori 3, manakala Kategori 4 dan 5 masing-masing mencatatkan dua (2) orang…
“Seramai tujuh (7) kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” jelas beliau.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 76 (69)
Kota Belud – 59 (44)
Ranau – 58 (71)
Tuaran – 47 (59)
Tambunan – 32 (19)
Penampang – 32 (41)
Papar – 27 (18)
Kota Marudu – 24 (40)
Putatan – 21 (32)
Tenom – 19 (19)
Kinabatangan – 18 (6)
Pitas – 18 (33)
Beaufort – 17 (46)
Keningau – 15 (23)
Kudat – 15 (27)
Beluran – 13 (13)
Lahad Datu – 13 (26)
Tawau – 13 (19)
Sipitang – 9 (8)
Kuala Penyu – 8 (10)
Sandakan – 6 (10)
Telupid – 5 (12)
Semporna – 3 (5)
Kunak – 3 (0)
Nabawan – 3 (5)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)