Tujuh Rumah, Dua Kenderaan Di Kampung Domis Terbakar

Tujuh Rumah, Dua Kenderaan Di Kampung Domis Terbakar

0
SHARE
Kebakaran
Tujuh buah rumah termasuk dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Land Cruiser dan Perodua Bezza terbakar dalam kebakaran di Kampung Domis, Penampang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Tujuh buah rumah termasuk dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Land Cruiser dan Perodua Bezza terbakar dalam kebakaran di Kampung Domis di Jalan Hungab, sini, semalam.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadiab kira-kira 2:45 petang itu.

Lebih 35 anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Lintas terlibat dalam operasi pemadaman.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, empat buah rumah musnah manakala selebihnya mengalami kerosakan 10 peratus akibat terkena bahangan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 400 kaki tiga pancutan dengan sumber air dari jentera ‘Water Tanker’ BBP Penampang dan pili bomba.

“Bantuan dari BBP Kota Kinabalu menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan dengan sumber air dari jentera ‘Water Tanker’ dan pili bomba.

“Operasi terkawal pada jam 4.11 petang dan ditamatkan pada jam 8.18 malam,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.