Warga Filipina Ditahan Ketika Leka Mengebom Ikan

Warga Filipina Ditahan Ketika Leka Mengebom Ikan

0
SHARE
Nelayan
Bot serta hasil tangkapan ikan warga Filipina yang turut ditahan ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

KUDAT, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot pam tidak berdaftar yang melakukan aktiviti bom ikan di perairan Kudat, pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pam yang sedang berapung disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan berhampiran Pulau Lingkutan, Banggi, sini lebih kurang pukul 11.00 pagi.

“Bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak sejurus menerima maklumat dan menemui sebuah bot sedang berapung di lokasi.

“Pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati ia dikendalikan seorang lelaki warga Filipina berusia 57 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditemui bahan letupan serta peralatan mengebom ikan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Bot serta individu terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.